Telegram Web
"... penceritaan pengalaman yang berjaya membawa fikiran kita seolah-olah berada di sana ..."

Link pembelian https://ezy.la/ulatbuku

Jom! Dapatkan buku yang sarat dengan pengalaman, ditulis oleh rakyat Malaysia yang menetap di Gaza lebih daripada 10 tahun, Tuan Nadir Al-Nuri.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Media berita al-Jazeera telah kongsikan satu rakaman kejahatan rejim Israel yang melepaskan seekor anjing tentera di dalam sebuah kediaman di kem Jabalia.

Anjing tersebut menyerang seorang warga emas wanita Palestin yang sedang tidur, menyebabkan kecederaan serius.

Sumber: AlJazeera, Quds News Network
Kementerian Kesihatan di Gaza, 25 Jun 2024
Hari ke-263 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza

▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 3 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 32 penduduk syahid manakala 139 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa.

▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 37,658 syuhada dan 86,237 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
TAHUKAH KALIAN, SEBUAH NGO TIDAK BOLEH BERGERAK TANPA ADVOKASI?

Melalui slot AKAR UMBI ADVOKASI, kalian akan didedahkan dengan kefahaman bagaimana sebuah NGO, dunia kesukarelawanan bergerak seiring dengan advokasi.

Rugi tau jika seorang sukarelawan tidak faham apa itu advokasi!

Ayuh sertai program latihan kesukarelawanan anjuran Cinta Gaza Malaysia!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180/pax untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/pax

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dengan kemudahan yang terhad, pasukan pertahanan awam berusaha mengeluarkan seorang wanita dan anak-anaknya dari bawah runtuhan kediaman mereka yang dibom oleh pihak rejim Zionis di Beit Lahia, utara Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Setiap hari secara puratanya, seramai sepuluh orang kanak-kanak kehilangan satu atau kedua-dua belah kaki mereka dalam operasi genosid Israel ke atas Gaza.

Pesuruhjaya Agung PBB yang menyokong pelarian Palestin, Philippe Lazzarini telah membentangkan data terkini daripada UNICEF di Geneva semalam dengan penjelasan, "Angka tersebut tidak termasuk bahagian lengan dan tangan. Kami ada banyak lagi kes sedemikian."

"Jika sepuluh orang kanak-kanak berhadapan situasi ini setiap hari, bermakna rekod tersebut mencatatkan sekitar 2,000 kanak-kanak menjadi mangsa akibat perang yang sudah melebihi 260 hari," ujar beliau.

Menurutnya lagi, pihak perubatan terpaksa menjalankan amputasi dalam keadaan yang mengerikan, malah kadang-kadang tanpa bius.

Menurut kemaskini situasi kawasan yang musnah, Pesuruhjaya Agung UNRWA mencatatkan kira-kira 4,000 orang kanak-kanak dilaporkan hilang dan 17,000 yang lain tiada pengawasan orang dewasa selepas hampir sembilan bulan perang berterusan. Angka tersebut tidak termasuk dengan 14,000 orang kanak-kanak yang terbunuh sejak perang bermula.

Untuk pengetahuan, UNRWA menyelaras hampir kesemua bantuan ke Gaza. Namun Lazzarini memberi amaran bahawa agensi tersebut berdepan dengan serangan berterusan dan krisis pembiayaan yang serius.

"Kami mempunyai dana tunai sehingga akhir Ogos," katanya semalam dan menambah bahawa agensi tersebut masih kekurangan kira-kira $140 juta untuk menampung hingga akhir tahun.

Sumber: TRT World, WAFA, The Spectator Index
Suara enam anak muda yang menyeru pemahaman mendalam dan membawa harapan menuju pembebasan Baitul Maqdis.

Nak tahu lebih lanjut? Dapatkan buku Baitul Maqdis: Jalan Menuju Pembebasan

Boleh tekan di sini https://ezy.la/ulatbuku
2024/06/26 07:51:52
Back to Top
HTML Embed Code: