KEDAIBUKUPUTIH Telegram 1171
Taqaballahu waminna wa minkum.. (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu).. maaf zahir batin semua..

Apa yang perlu dilakukan pada hari raya Aidilfitri?

1- Membanyakkan takbir bermula pada malam raya sehingga sebelum solat raya.

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Al-Baqarah: 185)

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Bertakbirlah di rumah, di dapur, dalam kereta, dalam perjalanan ke masjid, di masjid etc.

2- Mandi Hari Raya

Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’]

3- Makan Sebelum Pergi Solat Raya

‘Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan selepas baginda sallallahu ‘alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih al-Bukhari]

4- Pergi dan Pulang Dari Masjid Dengan Jalan Yang Berbeza

Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam akan memilih jalan yang berbeza pada hari raya [Sahih al-Bukhari]

5- Memakai pakaian terbaik dan berwangi-wangian. Ini kerana hari raya sama seperti hari Jumaat, kita akan berkumpul dengan orang ramai.

6- Mendirikan solat hari raya

Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?” Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Hendaklah saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim].

Sunnah dilakukan secara berjemaah, dan boleh dilakukan secara bersendirian menurut majoriti ulama.

7- Saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti ucapan 'تقبل اللهُ منَّا ومنكَ' (Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian), atau ucapan-ucapan lain seperti 'selamat hari raya' dan lain-lain.

8- Menghidupkan malam raya dengan Qiamullail. Hadis-hadis berkaitan ini dhaif, tetapi ia diamalkan kerana berkaitan fadhail amal.

9- Bergembira dengan cara yang tidak melanggar syara'.
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apakah dua hari ini?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Aidul Adha dan Aidil Fitri.” [Sunan Abu Daud]

Untuk melihat pendetilan, klik di sini: --> http://alkahfi.com.my/adab-adab-berhari-raya

tgoop.com/kedaibukuputih/1171
Create:
Last Update:

BY Channel Kedai Buku Putih

Share with your friend now:
tgoop.com/kedaibukuputih/1171

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

Clear best-secure-messaging-apps-shutterstock-1892950018.jpg Public channels are public to the internet, regardless of whether or not they are subscribed. A public channel is displayed in search results and has a short address (link). While some crypto traders move toward screaming as a coping mechanism, many mental health experts have argued that “scream therapy” is pseudoscience. Scientific research or no, it obviously feels good. While the character limit is 255, try to fit into 200 characters. This way, users will be able to take in your text fast and efficiently. Reveal the essence of your channel and provide contact information. For example, you can add a bot name, link to your pricing plans, etc.
from us

Telegram Channel Kedai Buku Putih
FROM American