tgoop.com/muassis/5486
Last Update:
Seorang pesakit masuk, untuk membuat pemeriksaan Ultrasound. Dilihat pada tujuan pemeriksaan 'for renal transplant workout'.
Renal transplant workout for her husband..
Dalam hati Masya Allah!
Kenapa puan nak beri pada suami ye?
Saya buat memang sukarela tanpa dipaksa. Saya kasihankan anak anak yang perlukan ayah untuk hidup dan kasihkan suami yang sakit.
Lidahku terkelu
'Adik beradik lain bagaimana puan?
"Yang lain belum bersedia untuk volunteer'
Kalau puan bercerai nanti?
" Insyallah saya redha"
Lalu aku teringat.. Memang benarlah, inilah sebahagian cita cita dan tujuan
perkahwinan itu sendiri, benarlah firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”.
(Surah Al-Rum: 21)
Pelik kan?
Cinta tidak disebut dalan al quran dalam hubungan suami isteri tapi mawaddah dan rahmah, kenapa? Cinta itu awalnya mungkin sangat kuat, kemudian melemah, bahkan kemudian mati, lalu hidup kembali, kerana itu di dalam Al Quran tidak disebutkan kata cinta, tapi yang disebutkan ialah mawaddah (rasa kasih).
Mawadah itu ruang lingkupnya luas,dan.
cinta itu hanya bahagian kecil dari mawaddah.
Seorang lelaki datang kepada Umar bin Al Khattab mengadu perihal isterinya, lelaki itu berkata aku ingin mencerainya.Lalu Umar bertanya kenapa? Kerana tidak ada cinta lagi antara aku dan dia.
'celakalah kamu! Apa semua rumah di angun atas dasar cinta?
Lihat kembali niat perkahwinan kita..
Mawadah lebih besar dari sekadar cinta
Mawadah adalah hubungan baik, melanjutkan pernikahan demi anak anak, mungkin kerana kemaslahatan, mungkin kerana ikatan keluarga yang lebih besar..
Dan cinta bukanlah syarat utama, tapi jika hubungan suami isteri ada cinta, itu adalah nikmat yang luar biasa dan kebaikan yang melimpah.
Mari kita semak kembali tujuan perkahwinan kita sepertimana apa yang Al Quran gariskan.
Muassis
Platform Tarbiyah Pilihan Anda
BY Muassis
Share with your friend now:
tgoop.com/muassis/5486