tgoop.com/pemikirummah/1296
Last Update:
Di dalam membicarakan berkaitan dengan kecelaruan ilmu bagi golongan remaja, Syeikh al-Buti pernah berkata:
"Beberapa orang anak muda yang berambut panjang dan berpakaian dengan fesyen yang pelik-pelik telah datang mengunjungi saya. Mereka melontarkan beberapa soalan tentang kehidupan, asal usul dan pengakhiran manusia.
Lalu saya bertanya kepada mereka tentang buku yang pernah mereka baca dan pendapat yang mereka lebih cenderung kepadanya.
Mereka menyenaraikan kepada saya buku-buku falsafah terjemahan yang telah mereka baca. Mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada buku-buku tersebut, bahkan setelah membaca, mereka kembali semula kepada noktah asal yang penuh dengan kehairanan dan kejahilan.
Saya berkata kepada mereka: Orang yang tidak memiliki, tidak mampu untuk memberi. Sebenarnya tokoh-tokoh yang menjadi rujukan kalian itu, mereka sebenarnya lebih memerlukan penyelamat untuk mengeluarkan mereka daripada kebingungan mereka sendiri.
(Masalah Budaya Ilmu. Solusi Islam Buat Para Pemuda)
Daripada kenyataan ini, Syeikh al-Buti ingin membaca pembaca melihat bagaimana makna ilmu pada hari ini telah dikelirukan oleh Barat sehinggakan para remaja antara yang terkesan daripada kekeliruan ini.
Impak daripada kecelauan ini, akhirnya golongan remaja lebih memilih untuk berada dalam kebingungan, kehairanan, jahil dan kosong akhibat daripada makna ilmu yang dibungkam oleh Barat terus disajikan kepada mereka telah menyebabkan kekeliruan terhadap ilmu terus berlaku.
Mencari ilmu dan makna ilmu yang benar perlu diusahakan oleh golongan remaja bagi keluar daripada kejahilan yang dipertontonkan kepada mereka bagi mencapai makna kebenaran yang sebenar.
-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Dapatkan buku Pencerahan Akal terbitan PEMIKIR untuk memahami makna sebenar ilmu dalam membangunkan sebuah peradaban:
https://bit.ly/4gA8k4v
BY PEMIKIR (Channel)
Share with your friend now:
tgoop.com/pemikirummah/1296