tgoop.com/pemikirummah/1302
Last Update:
Di tahun baru ini saya terfikir untuk membawa diri ini dan masyarakat amnya menghayati serta menjiwai budaya fikir bukanlah suatu perkara yang mudah. Apatah lagi di zaman dibanjiri perkara bersifat 'segera', 'tidak masak' sehingga menghilangkan daya fokus kita bagi memahami sesuatu perkara.
Kesannya kita lebih selesa sekadar bersifat reaktif, terikat dengan isu semasa, kesedaran sekadar apa yang berlaku disekeliling dirinya sahaja (pragmatik dan individualistik). Tanpa cuba memahami sesuatu secara sistematik pada perspektif ilmu yang merupakan daya kesitimewaan insan.
Lebih teruk lagi apabila kita membiarkan orang lain menentukan apa yang patut kita buat dalam hidup ini. Apa kita makan, apa kita pakai, apa budaya kita, apa kita kata, apa kita suka, apa kita benci dan lainnya bukan lagi terbit dari kesedaran kehendak dalam jiwa kita. Tetapi apa yang telah didoktrin halus dalam diri kita serta dihidangkan berkali-kali dihadapan kita.
Tidak sempat kita hendak fahami ancaman pemikiran semasa kini kita dihidangkan dengan AI. Ye betul, ia boleh dilihat sebagai potensi untuk kita lebih kuasai sesuatu perkara tetapi ia perlu juga disedari boleh semakin menghakis budaya fikir kita pada masa kini dan hadapan.
Ya, semua ini berlaku dalam keadaan tanpa kita rela dan sedar. Kenapa kita tidak sedar? Kerana kita sendiri tidak tahu apa itu fikir serta kita tidak reti bagaimana berfikir secara betul. Sedar dalam berfikir adalah perkara sangat asasi bagi memastikan natijah yang kita fikirkan itu benar.
Dibalik segala bentuk azam material di tahun baru ini, saya hendak mengajak rakan-rakan mari kita bersama berazam meningkat daya fikir pada tahun baru ini. Tingkatkan potensi 'kebijaksanaan' yang ada dalam diri. Bagunkan 'kesedaran kehendak' dalam jiwa sebagai seorang insan.
Mulakan dari apa sahaja cara sekecil apa pun sama ada apa yang kita baca, apa yang kita tulis sebaga hantaran di media sosial, apa yang kita kongsi, apa yang kita dan sebagainya. Tunjukanlah kita adalah insan yang 'sebaik-baik ciptaan' iaitu dengan menggunakan daya akliah yang ada pada diri.
Sumber: Muhammad Firdaus Zalani
-----------------------------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Dapatkan buku Benih Peradaban melalui link Shopee di bawah:
http://bit.ly/4gAFTUo
BY PEMIKIR (Channel)
Share with your friend now:
tgoop.com/pemikirummah/1302