tgoop.com/pemikirummah/1309
Last Update:
Dalam sejarah ketamadunan manusia, Peradaban Islam terkehadapan dalam mengajar kepada manusia akan makna sebenar falsafah pembangunan teknologi. Kalau tamadun sebelum itu melihat teknologi sebagai alat untuk mengekal kuasa, menindas golongan bawahan hingga pada mencabar secara angkuh dirinya dihadapan Tuhan.
Peradaban Islam yang hadir selepas itu mengajar insan teknologi adalah jalan bagi membolehkan manusia mencapai makna keinsanannya. Ia adalah hikmah yang Allah tetapkan pada alamNya hingga boleh ditundukkan (taskhir) oleh manusia bagi memenuhi keperluannya. Dengannya ia membolehkan manusia melaksanakan asbab wujudnya sebagai khalifah.
Pelancaran UzmaSat adalah suatu peluang untuk kita kehadapankan kembali falsafah tekonologi ini pada insan. Saat dunia yang diterajui ketamadunan Barat semakin keliru serta tersesat dalam melihat kehendak di balik teknologi yang dibangunkan, kita boleh menjadi guru mengajarkan kepada dunia kemana sepatutnya tekonologi ini dibawa.
BY PEMIKIR (Channel)

Share with your friend now:
tgoop.com/pemikirummah/1309