tgoop.com/pemikirummah/1340
Last Update:
Kabbalah dan Panthiesme: Penyelewengan Kebenaran Tuhan
Kabbalah adalah cabang mistik dalam ajaran Yahudi yang bertujuan memahami hubungan antara Tuhan, alam semesta, dan manusia. Istilah ini berasal daripada bahasa Ibrani bermaksud "penerimaan" atau "tradisi" merujuk kepada ilmu esoterik yang diwarisi sejak zaman kuno.
Pada Zaman Pertengahan, ajaran ini berkembang dalam komuniti Yahudi dengan teks utama seperti kitab Zohar (Kitab Kemuliaan) menjadi rujukan utama. Ia semakin berpengaruh melalui pemikiran kabbalis seperti Moses de León, Isaac Luria dan Shimon bar Yochai.
Kesesatan di dalam ajaran ini dapat dilihat daripada pemahaman terhadap beberapa perkara antaranya berkaitan dengan konsep ketuhanan. Konsep Ein Sof (ketidakbatasan Tuhan) yang terbentuk daripada teras Sephiroth (aspek ketuhanan) menjadi asas kepada ajaran ini.
Salah satu elemen yang paling bermasalah dalam Kabbalah adalah kecenderungannya kepada panteisme iaitu kepercayaan bahawa Tuhan dan makhluk adalah satu kesatuan. Ini bukan sahaja membawa kepada pemujaan yang melampaui batas tetapi juga mencipta asas kepada pelbagai kultus yang menghalalkan ritual mistik yang tidak terkawal.
Isaac Myer (1888, Quabbalah/Qabbalah) menyatakan bahawa teras pertama dalam Sephiroth iaitu Kether (mahkota) menjadi asas kepada panteisme apabila ia mengajarkan bahawa harmoni setiap perkara lahir daripada kesatuan sifat lelaki dan perempuan dalam diri Tuhan.
Kepercayaan kepada kesatuan Tuhan dan alam semesta membuka pintu kepada kepercayaan liar bahawa manusia boleh mencapai status ketuhanan. Ini memberi legitimasi kepada individu-individu tertentu untuk mendakwa diri mereka sebagai utusan, penyelamat atau bahkan Tuhan sendiri.
Kesimpulannya, golongan rabbi dan jurutulis Yahudi membina ajaran Kabbalah bukan sekadar untuk memahami ketuhanan, tetapi sebagai satu bentuk pemberontakan terhadap Tuhan.
Dengan mencipta naratif mistik yang kompleks, mereka membentuk satu sistem yang membolehkan manusia mengambil alih kuasa ketuhanan dan mencipta realiti mengikut kehendak sendiri. Kabbalah menjadi simbol penentangan mereka terhadap Tuhan dengan mengangkat manusia ke posisi ketuhanan dan menghapuskan pemisahan antara makhluk dan Pencipta.
———————————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/AkalWahyuOfficial
BY PEMIKIR (Channel)

Share with your friend now:
tgoop.com/pemikirummah/1340