tgoop.com/pemikirummah/1347
Last Update:
Lembu Samiri: Simbol Keangkuhan dan Kesyirikan Bani Israel Yang Pertama
Setelah kewafatan Nabi Yusuf A.S., Bani Israel hidup dalam penderitaan di Mesir. Mereka ditindas oleh Firaun dan dipaksa menjadi hamba kepada bangsa Mesir. Di tengah kezaliman ini, Allah mengutus Nabi Musa A.S. sebagai penyelamat mereka dengan membawa keluar Bani Israel menuju ke Bumi Kanaan.
Dengan mukjizat yang luar biasa, Allah memerintahkan Nabi Musa A.S. untuk memukul laut dengan tongkatnya lalu laut terbelah, memberi laluan bagi Bani Israel melarikan diri. Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka akhirnya tenggelam dalam lautan yang kembali menghempas mereka.
Namun, ujian sebenar bermula selepas mereka bebas dari perhambaan. Di seberang lautan, mereka berhadapan dengan ujian keimanan yang lebih besar iaitu ujian kesyukuran dan ketaatan.
Ketika Nabi Musa A.S. naik ke Gunung Tursina untuk menerima wahyu, Samiri menyesatkan mereka dengan mencipta berhala lembu emas yang akhirnya disembah oleh sebahagian besar Bani Israel.
Ini adalah kesyirikan pertama mereka selepas diselamatkan oleh Allah dan menjadi simbol kepada keangkuhan mereka menentang kekuasaan Allah.
Kesesatan Bani Israel yang telah menjadikan Lembu Samiri sebagai sembahan mereka menjadi satu simbol kepada keangkuhan mereka terhadap kekuasaan Allah dan pertolongannya. Kesannya, ianya membawa kepada kekufuran dan bibit kepada kemurkaan Allah kepada mereka.
———————————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/boost/AkalWahyuOfficial
BY PEMIKIR (Channel)

Share with your friend now:
tgoop.com/pemikirummah/1347