tgoop.com/tarbiahdaily/855
Last Update:
Muwasofat Tarbiah - Antara ciri peribadi muslim yang ingin kita terapkan pada indvidu muslim adalah salimul aqidah atau akidah yang sejahtera.
Akidah yang salim yakni sejahtera yang benar-benar terikat kerana Allah, berbuat keranaNya, mencintai-Nya, meminta dari-Nya & memohon pertolongan dari-Nya.
Dalam dunia yang mencabar dan kebendaan hari ini, sedikit demi sedikit kita mula bergantung dan mengharapkan kepada benda; kepada majikan, kepada duit dan lain-lain. Ikatan akidah yang salim seakan menipis.
Kerana itu manusia berhajat kepada tarbiah berterusan untuk mengingatkan, membetulkan, melorongkan dan menunjukkan kepada yang betul dan salim selari dengan sumber islam yang disepakati.
Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
BY Tarbiah Daily
Share with your friend now:
tgoop.com/tarbiahdaily/855