TARBIAHDAILY Telegram 881
Tarbiah Daily
Photo
Bergelumang dengan al-Quran, bagaimanakah?

1. Al-Marhum Dr Farid al-Ansari mengatakan bahawa apa yang menjadi kehilangan umat islam pada hari ini ialah 'at-Tadawul al-Ijtima' ie dengan al-Quran, iaitu merasakan keupayaan al-Quran boleh merubah perangai manusia sehinggalah masyarakat berada lurus di atas timbangan al-Quran

2. Kita hari ini hanyalah berada di pinggiran-pinggiran al-Quran sahaja dan bukan berada rapat bersama-sama dengan al-Quran bahkan tidak bergelumang di dalam al-Quran itu sendiri

3. Iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai asas keputusan hidupnya, prioriti pertimbanganya, sebagai bacaan, sebagai penyucian hati, sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran, sebagai tarbiyah dakwah, memahami hukum-hakam untuk dibawa ke dalam dirinya dan berakhlaq dengan akhlaqnya

4. Sesungguhnya metode yang praktikal di dalam medan dakwah dan tarbiyah ialah dengan menyusuri metode ini yang mana inilah metode nabi dalam merubah manusia dan masyarakat

5. Ia juga adalah model kehidupan sahabat yang mereka jadikan azimat di dalam misi pembaharuan agama ini, samada secara individu atau berjemaah

6. Menghafaz al-Quran adalah sesuatu yang penting, namun hari ini hafazan kita masih belum mencapai kehendak apa yang kita perjuangkan

7. Hafazan yang memberi impak adalah seperti hafazan para sahabat yang hanya menghafaz lima ke sepuluh ayat sahaja tetapi mereka tidak akan berganjak menambah hafazan selagimana ayat yang dihafaz belum cuba untuk diamalkan, maka hafazan pada mereka adalah perjuangan untuk mempraktikkanya dalam kehidupan yang mana ia adalah hafazan sepanjang hayat dan bukan hanya setahun atau dua tahun sahaja

8. Orang yang masih belum kenal erti ikhlas yang sebenar dan masih belum dapat berakhlaq hasil pemahaman tauhid yang mendalam terhadap Allah maka dia masih belum 'bergelumang' dengan surah al-Ikhlas, walaupun dia sudah menghafaznya sejak kecil

9. Orang yang masih belum dapat merasa aman dan selamat dengan perlindungan al-Muawwizatan (dua muawwizah iaitu surah al-falaq dan al-nas) dia masih belum lemas di dalam kedua surah tersebut

10. Orang yang masih belum dapat merasa perasaan manisnya tahajjud maka dia masih belum meneguk kemanisan surah al-Muzammil

11. Orang yang masih belum merasa bahang kepanasan dakwah dan perjuangan mengajak kebaikkan dan membasmi kemungkaran maka dia masih belum berada di dalam lahar surah al-Mudassir

12. Orang yang masih belum merasakan islam sebagai solusi dengan mengamalkan rukun islam dan rukun iman, berasa seperti berada di medan jihad fi sabilillah, sabar di atas setiap dugaan yang menimpa, berjaga-jaga dengan setiap halal dan haram dalam makanan dan minuman, tunduk dengan syariat islam di dalam diri, agama dan hartanya, tanpa sebarang keraguan dan kesangsian maka dia masih belum terjun ke dalam surah al-Baqarah sepenuhnya lagi.

13. Sesungguhnya umat islam pada hari ini ketandusan insan-insan yang dapat membawa risalah ini, agar dapat merubah kembali pemahaman agama ini, agar mengembalikan metode nabi dalam menyampaikan kebenaran al-Quran ini iaitu : tilawah (bacaan) al-Quran secara talaqqi, merubah perangai manusia melalui tadabbur (penghayatan), pengajaran dan pembelajaran dengan sistem tadarus

14. Maka cahaya al-Quran tidak dapat disebarkan kepada orang lain jika tiada insan yang hatinya membara untuk menggalas kalimah ini!

15. Wahai para pemuda! Ini kitab Allah sedang memanggilmu! Umat manusia dalam kehausan dengan kalimah Allah! Maka siapakah yang sanggup memikul misi ini? Agar dia dapat menyelamatkan umat ini yang sedang lemas di dalam gelora syahwat dan syubhat?! Siapakah yang ingin menghulurkan tanganya kepada nabi untuk berbai'ah dengan baginda untuk menyambung risalah baginda? Siapakah yang ingin berkata, akulah orang itu wahai rasulullah!

Terjemahan dan olahan daripada kitab al-Marhum Dr Farid al-Ansari : inilah risalah al-Quran

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily

tgoop.com/tarbiahdaily/881
Create:
Last Update:

BY Tarbiah Daily

Share with your friend now:
tgoop.com/tarbiahdaily/881

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

3How to create a Telegram channel? A new window will come up. Enter your channel name and bio. (See the character limits above.) Click “Create.” The Standard Channel Channel login must contain 5-32 characters Telegram users themselves will be able to flag and report potentially false content.
from us

Telegram Tarbiah Daily
FROM American